Thursday 23 June 2011

MUKADIMAH PEMBUKA BICARA....

Assalamualaikum wr. wb.

    Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya berjaya juga pihak kami menyiapkan blog personal kami setelah berminggu-minggu cuba siapkan. Terima kasih kepada pihak-pihak yang menyokong menjayakan blog ini yang semestinya penting bagi kami dalam proses memasarkan nama ADLIN SAH ENT. untuk lebih dikenali dalam masyarakat umum khususnya yang berminat dalam hal-hal jualan dan belian rumah ini. Kami dari meja syarikat berbesar hati mengalu-alukan apa sahaja cadangan atau aduan tentang blog ini supaya boleh diperbaiki dan ditingkatkan lagi untuk kesenangan bersama. Untuk pengetahuan semua pembaca, syarikat ADLIN SAH ENTERPRISE merupakan syarikat yang dikongsi bersama Encik Za'im Zolkifri dan Encik Mohd Anuar Rosli, menjalankan perniagaan sebagai agen menjual-beli rumah dia sekitar utara Malaysia. Walaupun sekarang syarikat kami lebih tertumpu di kawasan Sungai Petani hinga ke Seberang Perai, namun kami tekad untuk melebarkan sayap perniagaan kami ke seluruh bahagian utara tanah air. Sekian sahaja untuk pembuka bicara,
Assalamualaikum wr. wb.
   

No comments:

Post a Comment