Thursday 23 June 2011

JUAL-BELI RUMAH

     Tentang urusan jual-beli rumah ini, pihak kami menerima mana-mana tempahan dari pihak yang mahu menjual rumah, memasarkan dan berusaha mencari pembeli yang berminat. Semua urusan (pinjaman bank, guaman dan lain-lain) kami boleh uruskan kerana kami sudah sedia ada pihak-pihak profesional yang tahu menguruskan semua hal ini dengan sah dan selamat. Perbincangan tentang perincian rumah, hal-hal jualan dan info penjual akan dibuat apabila kedua-dua pihak (penjual dan syarikat) bertemu dia atas satu meja. Setelah itu penjual akan diberitahu perkembangan semasa tentang jualan rumah sehingga ada pembeli yang disahkan akan membeli rumah itu. Pihak-pihak yang berminat membeli rumah akan menghubungi kami dah akan berjumpa seterusnya kami akan membawanya ke rumah itu untuk melihat dan menilai sendiri tentang perincian rumah terbabit. Apabila ada pembeli yg sah mahu mebeli rumah tebabit, pihak syarikat akan membincangkan tentang hal belian rumah. Setelah itu, kami akan aturkan masa dan tarikh sesuai untuk semua pihak yang terlibat (termasuk pegawai bank dan peguam hartanah) untuk mengesahkan jual-beli rumah terbabit. Kami tidak menunggu pembeli lain untuk berebut mendapatkan rumah tersebut melainkan dengan persetujuan pihak penjual rumah.
    Untuk pengetahuan semua pembaca, agen kami merupakan agen berlesen yang pernah bekerja dengan syarikat perumahan besar di Malaysia, jadi segala prasangka atau syak wasangka tidak seharusnya timbul, Pihak kami juga akan menolong pembeli rumah baru jika mereka ingin mendapatkan khidmat hiasan dalaman rumah.
   Jika ada pihak yang ingin menjual rumah, anda boleh menghubungi Encik Za'im (016-4140091) atau Encik Anuar (019-4556698). Jika tuan/puan ingin menghantar ke email kami juga boleh di alamat anuar_ee87@yahoo.com. Pihak kami akan menjawab permintaan anda dengan kadar segera.

  

MUKADIMAH PEMBUKA BICARA....

Assalamualaikum wr. wb.

    Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya berjaya juga pihak kami menyiapkan blog personal kami setelah berminggu-minggu cuba siapkan. Terima kasih kepada pihak-pihak yang menyokong menjayakan blog ini yang semestinya penting bagi kami dalam proses memasarkan nama ADLIN SAH ENT. untuk lebih dikenali dalam masyarakat umum khususnya yang berminat dalam hal-hal jualan dan belian rumah ini. Kami dari meja syarikat berbesar hati mengalu-alukan apa sahaja cadangan atau aduan tentang blog ini supaya boleh diperbaiki dan ditingkatkan lagi untuk kesenangan bersama. Untuk pengetahuan semua pembaca, syarikat ADLIN SAH ENTERPRISE merupakan syarikat yang dikongsi bersama Encik Za'im Zolkifri dan Encik Mohd Anuar Rosli, menjalankan perniagaan sebagai agen menjual-beli rumah dia sekitar utara Malaysia. Walaupun sekarang syarikat kami lebih tertumpu di kawasan Sungai Petani hinga ke Seberang Perai, namun kami tekad untuk melebarkan sayap perniagaan kami ke seluruh bahagian utara tanah air. Sekian sahaja untuk pembuka bicara,
Assalamualaikum wr. wb.